10 Wasiat Hassan al-Bana

- Dirikan solat apabila mendengar azan,walau dalam apa jua keadaan pada waktu itu.
- Bacalah al-Quran, pelajari tafsirnya, dengar bacaan orang lain atau zikir kepada Allah .
Jangan gunakan sebahagian waktumu untuk hal yang tidak berfaedah .
- Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih kerana ia termasuk syiar Islam .
- Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan .
- jangan banyak ketawa kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
- Jangan suka berjenaka atau berolok-olok kerama umat berjuang tidak mengenal selain kesungguhan .
- Usah tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
- Jauhi menghina orang, mencela organisassi dan jangan berbicara kecuali bicara yang baik .
- Perkenalkan dirimu kepada orang yang kamu jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling mengenali .
- Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya .Jika kamu mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu paling singkat .

Tidak ada komentar:
Posting Komentar