Sabtu, 26 April 2014

Rasulullah Terlalu Rindu Pada MU


Kasih PadaMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Sahih hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganMu
Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Ya Rasulullah Ya HabibAllahPabila terkenangMu mengalir air mataku

10 Wasiat Hassan al-Bana



  1. Dirikan solat apabila mendengar azan,walau dalam apa jua keadaan pada waktu itu.
  2. Bacalah al-Quran, pelajari tafsirnya, dengar bacaan orang lain atau zikir kepada Allah .
    Jangan gunakan sebahagian waktumu untuk hal yang tidak berfaedah .
  3. Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih kerana ia termasuk syiar Islam .
  4. Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan .
  5. jangan banyak ketawa kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
  6. Jangan suka berjenaka atau berolok-olok kerama umat berjuang tidak mengenal selain kesungguhan .
  7. Usah tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
  8. Jauhi menghina orang, mencela organisassi dan jangan berbicara kecuali bicara yang baik .
  9. Perkenalkan dirimu kepada orang yang kamu jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling mengenali .
  10. Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya .Jika kamu mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu paling singkat .