ujian adalah tanda kasih sayang Allah kepada hambanya, sekiranya tiada ujian dari mana kita akan belajar erti sebuah pengorbanan, keikhlasan, kesabaran,kesyukuran dan erti kehidupan. disebalik ujian Allah telah menyelipkan berjuta hikmah. berjuta pengajaran, Allah sayangkan kita, Allah menguji kita untuk mentarbiyah keimanan hambanya..agar layak menjadi calon-calon surgawinya. deisebalik ujian yang Allah berikan Allah telah menyiapkan sesuatu ganjaran yang lebih baik tanpa diduga-duga, sekiranya, kita lulus dari ujian tersebut.ujian kehidupan juga diibaratkan dengan ujian kita di sekolah jika kita tidak diuji dan tidak ada ujian tentu kita tidak akan beranjak dari kelas kita. jika tiada ujian tentu kita akan duduk di semester yang sama dan itu tentu sangat membosankan sekali bagi kita begitu jugalah dengan ujian kehidupan jika kita tidak diuji tentu kita tidak akan tahu sampai mana rasa keimanan kita kepada Allah, sampai mana rasa syukur kita terhadap nikmat yang telah Allah beri.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)"
"Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta." (al-Ankabutt 2-3)

"Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepada kamu ujian seperti yang dialami oleh orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digegarkan dengan berbagai cubaan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya tertanya-tanya; Bilakah akan datang pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir jua." (al-Baqarah ayat 214)

ujian memang pahit, namun buahnya akan manis.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar