Rabu, 13 Mei 2015

dia kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Sabtu, 26 April 2014

Rasulullah Terlalu Rindu Pada MU


Kasih PadaMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Sahih hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganMu
Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Ya Rasulullah Ya HabibAllahPabila terkenangMu mengalir air mataku

10 Wasiat Hassan al-Bana



  1. Dirikan solat apabila mendengar azan,walau dalam apa jua keadaan pada waktu itu.
  2. Bacalah al-Quran, pelajari tafsirnya, dengar bacaan orang lain atau zikir kepada Allah .
    Jangan gunakan sebahagian waktumu untuk hal yang tidak berfaedah .
  3. Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih kerana ia termasuk syiar Islam .
  4. Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan .
  5. jangan banyak ketawa kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
  6. Jangan suka berjenaka atau berolok-olok kerama umat berjuang tidak mengenal selain kesungguhan .
  7. Usah tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
  8. Jauhi menghina orang, mencela organisassi dan jangan berbicara kecuali bicara yang baik .
  9. Perkenalkan dirimu kepada orang yang kamu jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling mengenali .
  10. Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya .Jika kamu mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu paling singkat .


Sabtu, 18 Januari 2014

kita ni HAMBA kepada SIAPA..????

kita ni HAMBA kepada siapa..???
Nafsu..??
Manusia..??
Artis idola..???
Harta..??
Anak..??
Wanita..???
Pangkat..???

kenapa kita terlalu mengagung-agungkan mereka????
hingaa kita lupa pada PENCIPTA kita???
kita LUPA seolah-olah kita akan hidup selama-lama nya..

 رَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنْتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلا  
Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? (QS al-Furqon: 43)

 أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ أَفَلا تَذَكَّرُونَ  
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
(QS al-Jatsiyah: 23)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَّكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِن تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (١٤) إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ (١٥) فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنفِقُوا خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ 
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampunan lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu); di sisi Allah lah pahala yang besar.
Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengar serta ta’atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.      ( Q.S at-Thaghabun 14,15 & 16 ) 
jadi..
SELAMA INI , DALAM KEHIDUPAN NYATA.
KITA HAMBA KEPADA SIAPA,,???

#NAFSU ADALAH MUSUH UTAMA KITA
#YANG TIADA NAMPAK KEWUJUDAN NYA
#YANG KITA JARANG SEKALI SEDAR AKAN ADA NYA
#YANG SERING KALI KITA IKUTI LANGKAHNYA
#NAMUN INGAT IA PASTI DAN NYATA

KITA NI HAMBA KEPADA SIAPA..???
p/s : renung2 kan lah..
fikir2kan lah
redho Allah
itu saja yang kita inginkan



Minggu, 12 Januari 2014

kita ^__^

Bismillahirrahmanirrahim..


hidup ini ibarat sebuah lakonan, pernah nonton filem atau membaca cerita novel-novel..??
what's we are feeling when we are watching or reading them..????
ketika kita melihat pelakon kegemaran kita bahagia di akhir cerita nya, apa yang akan kita rasa..???tentu kita juga akan turut merasa bahagia, puas dan bangga, walaupun sebelum itu mereka ditimpa berbagai-bagai dugaan, cobaan dan ujian. namun di akhir cerita nya mereka berbahagia alias Happy Ending  ^___^  dan kita pun turut bahagia  ^___^  betul tak...??
adapun sebaliknya jika pelakon kegemaran kita menderita di akhir ceritanya maka kita pun turut sedih, kecewa dan bersimpati..
dan saya yakin setiap orang pasti menginginkan setiap pelakon kegemarannya bahagia di akhir cerita nya...

begitu juga dengan saya.. begitu juga dengan kita, kita semua... kita sebagi pelakon dari skenario Allah tentu menginginkan bahagia di akhir penghujung hayat  kita.. KHUSNUL KHATIMAH..
bukan diri kita seorang saja.. kita juga ingin keluarga, karib kerabat, sahabat-sahabat kita.. dan seluruh umat islam khususnya dan seluruh umat yang ada di dunia ini umumnya bahagia bersama..

DUNIA TEMPAT KITA MENANAM NANTI BUAHNYA KITA TUAI DI AKHIRAT..

IN SYA ALLAH... ^___^ 

berpesan-pesanan lah  dalam kebaikan dan kesabaran.

وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholeh dan dan saling menasihati untuk kebenaran, dan saling menasihati untuk kesabaran. [ al-‘Ashr/103: 1-3]

HAPPY ENDING  ^____^
it's what we are whant..
 

 

Rabu, 25 Desember 2013

sejauh mana syukurku????

 ketika seluruh keinginan ku tercapai
   kenapa aku lupa untuk bersyukur..???
  ketika seluruh kehendakku terpenuhi
 kenapa aku makin jauh dan lalai..???


KEISTIQAMAHAN KU DI UJI
selama ini, sepanjang hidupku ini, sejauh mana aku telah bersyukur pada Nya?

HIDUP DI JALAN GARIS YANG ALLAH TENTUKAN ADALAH CITA-CITA DAN MATLAMAT KU...

Namun, kadang-kadang.. MUSUH utama ku NAFSU... BERDIRI TEGAK DI TENGAH JALAN GARIS YANG AKU TUJU....

Mampukah aku..????
Mampukah aku..????
mampukah aku melawan dan menghadang nya untuk aku sampai ke destinasi yang telah dijanjikan itu..

Ilahi.. bantu aku, tanpa bantuan dan pertolongan mu aku tak berarti apa-apa..



Selasa, 15 Oktober 2013

salam Idul Adha

Selamat Hari Raya Eidil Adha..sahabat semua.. 
Mohon Maaf lahir Bathin..
Semoga semangat pengorbanan yang ditunjukkan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s menjadi suntikan motivasi kepada kita menjalani kehidupan penuh mencabar ini.
sayu hati ini mendengar takbir Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar wa Lillahil hamd.

                     "LIFE IS STRUGLE"


salam idul adhal dari kami yang jauh di perantauan..
tetap semangat..
keep spirit and strong..
I can :)
miss famly.. 
amak. ^_____^